November 2013 ~ Nour Ain Beauty Care - Cahaya Keanggunan Sejati
RANGKAIAN PRODUK NOUR AIN NOUR AIN BEAUTY CARE NYATA JELITA KEANGGUNAN SEJATI TIADA LAGI MASALAH JERAWAT

CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL


CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL
Apa langkah yang paling penting dalam perawatan wajah? Jawapannya MESTILAH CUCI MUKA. Ini bermakna kita telah menghilangkan segala kotoran dan minyak dari muka kita. Sebahagian besar dari kita, baik wanita maupun lelaki pasti tahu akan hal ini dan membersihkan wajah dua kali sehari sudah menjadi perkara biasa kan.

Tapi, banyak diantara kita yang kurang perihatin cara mencuci muka yang baik dengan tidak mendapatkan produk pembersih yang bersesuaian, atau mencuci wajah dengan kasar, seperti menggosoknya terlalu kuat macam mencuci periuk :)

Di Nour Ain Beauty Care terdapat sabun yang bersesuaian dengan kulit anda, dari jenis kulit berminyak hinggalah sensitive. Kerana itu, anda perlu memperhatikan lebih dulu, pembersih apa yang sesuai untuk jenis kulit wajah dan saya sedia membantu anda bila bila masa.

Jika kulit anda kombinasi atau cenderung berminyak, pilih formula pembersih yang mampu mengangkat kelebihan minyak di wajah dan mengurangi sebum.

Nour Ain Beauty Care mensyorkan menggunakan NOUR AIN BEAUTY CARE - BEAUTY SOAP [ Baca Di Sini Untuk Maklumat Lanjut : http://www.nourain.com/2013/04/nour-ain-beauty-care-beauty-soap.html


KANDUNGAN
Purified Water,Sodium Cocoate,Glycerine,Coconut Oil,Orange,Extract Papaya,Vitamin E


BAGAIMANA CARA MENCUCI MUKA YANG BETUL?
Langkah 1. Cuci Tangan
Ingat selalulah cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa disadari, banyak bakteri yang melekatl di tangan kita, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran terdapat pada tangan akan berpindah pula ke wajah kita. Gunakan sabun dan cuci tangan sebersih-bersihnya.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah kita juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin ada pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika kita membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka.Bersihkanlah bahagian mata terlebih dahulu dan diikuti bahagian bibir.

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan dapat membersihkan muka kita lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan kita. Letakkan sedikit air dan gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, pipi, dagu hingga leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa pencuci tak terasa lagi di wajah kita. Gunakan air bersih. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Langkah 7. Gunakan Penyegar
Adalah sangat disarankan menggunakan penyegar setelah mencuci muka. Penyegar berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan penyegar secukupnya ke wajah dengan kapas yang bersih.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Sapukankan moisturizer setiap habis membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga bahwa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.
Untuk kesempurnaan yang berkesan, Nour Ain mensyorkan Pakej 5 in 1 http://www.nourain.com/2013/04/nour-ain-beauty-care-beauty-care-set-5.html dimana ianya merupakan pakej lengkap untuk menyerikan kulit wajah anda.

http://www.nourain.com/2013/04/nour-ain-beauty-care-beauty-care-set-5.html

Harap dengan cara ini dapat membantu anda memcuci muka dengan betul.

Maklumat Lanjut : ☎  012-2022 920



Read More »

MAKANAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN JERAWAT


MAKANAN YANG DAPAT MENGHILANGKAN JERAWAT

Makanan Yang Dapat Menghilangkan Jerawat. Jerawat adalah kondisi abnormal kulit akibat gangguan berlebihan dlm produksi kelenjar minyak (sebaceus gland) yang menyebabkan penyumbatan saluran folikel rambut dan pori-pori kulit. Selain itu, penyebab jerawat yang paling utama adalah hormon, tompokkan minyak atau sebum di kulit berkolaborasi dengan bakteri. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mengambil beberapa makanan yang dapat menghilangkan jerawat ini.


Teh Hijau - Teh hijau kaya akan kandungan anti-inflamasi, yang disebut katekin. Katekin membantu mengurangi efek radikal bebas pada tubuh, seperti polusi, sinar matahari, asap rokok dan lain-lain. Selain itu ia dapat mengatasi masalah jerawat dan tanda-tanda penuaan, seperti kerut dan noda wajah.

Timun - Sayuran dengan kandungan air tinggi seperti timun dipecaya baik untuk kulit berjerawat. Airnya berkhasiat membuang racun-racun yan menyumbat pori-pori. Ditambah lagi, ketimun memiliki efek astringent yang menyejukkan. Jadi efektif untuk meredakan iritasi dan kemerahan pada jerawat. Anda disarankan memakan sebiji buah ketimun setiap hari.

Minyak Zaitun - Minyak zaitun mengandung asam lemak esensial yang amat diperlukan oleh kulit. Kandungannya dapat menyihatkan kulit dan mengatasi masalah jerawat. Agar lebih sihat anda bolehlah campurkan minyak zaitun dengan sayur-sayuran.

Produk Susu Rendah Lemak - Salah satu komponen yang paling penting dari kesihatan kulit adalah vitamin A. Cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan mengambil produk susu rendah lemak . Bahkan, para saintis mengatakan bahawa kesihatan sel-sel kulit kita tergantung pada vitamin A. Kulit sehat bererti kulit yang bebas dengan jerawat.

Yogurt - Yogurt mampu mencegah bakteri jahat penyebab jerawat berkembang di tubuh. Makanlah yogurt satu atau dua bekas sehari. Anda bolehlah mencampurkan yogurt dengan pisang, strawberi atau potongan jeruk.

Tiram - Makanan ini biasanya lebih dikenal sebagai penambah gairah seks. Tapi ada satu lagi kegunaannya, iaitu pembasmi jerawat kerana kandungan zinc-nya. Zinc berfungsi membantu penyerapan vitamin A dalam tubuh dan mengkontrol hormon penyebab jerawat. Tiram yang direbus paling baik untuk menyembuhkan jerawat.

PALING PENTING DAN MUDAH
Air Putih - Pasti anda sering mendengar nasihat yang menyuruh minum air putih 8 gelas setiap hari. Ya, air putih memang sangat penting untuk kesihatan tubuh dan kulit. Air putih dapat membuang segala racun di tubuh, termasuk ‘racun’ yang menyebabkan jerawat. Jika Anda tidak suka minuman yang tidak memiliki rasa, anda dapat menambah lemon atau daun mint ke dalam air mineral anda.
Read More »

10 KESILAPAN BESAR SI KULIT BERMINYAK / BERJERAWAT!

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2-3 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi, tengahari sebelum tidur. Mengikut tahap rawatan jerawat.
Recomended : NOUR AIN BEAUTY CARE - BEAUTY SOAP
http://www.nourain.com/2013/04/nour-ain-beauty-care-beauty-soap.html

2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat
Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.

5-Syampu rambut yang meleleh ke muka
Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab syampu mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat.
Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Recomeded : NOUR AIN BEAUTY CARE - BEAUTY CARE SET 5 IN 1
http://www.nourain.com/2013/04/nour-ain-beauty-care-beauty-care-set-5.html

Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.



  • Tetapi bagi wanita mengandung dan period jerawat naik adalah normal. Oleh itu penjagaan kulit wajah harus terus digunakan.
  • Tidur yang tidak  mencukupi dan tidak teratur juga punca jerawat naik dengan banyak dan boleh kritical. 
Read More »

FOLLOW US ON FACEBOOK